Sabtu, 19 Januari 2013

LUMAMPA

 Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. (La Roche)

    '',Mengasihi kawan ialah melepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya,'' kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia

     Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

     Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih kurang sama. Mereka akan berubah hanya dengan doa kita dan dengan keizinanNya.
Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu.

     Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu

  '', Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan?,''   kata -katamu itu meninggalkan bekas,,,   seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang!!!  ,   lalu mencabut pisau itu. ..... Tetapi, tidak peduli berapa kali kamu meminta maaf,,,, '',luka itu akan tetap ada. Dan, luka kerana kata - kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah,

   '', Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan,''  Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

     Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.

      Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan,''. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita

       Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita,''. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

strong>Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

    '',Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada  adalah DIAM. Bahasa yang paling manis ialah SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Tiada ulasan: